Sejarah
Program Doktor Muda mula dilaksanakan
pada tahun 1989 di Sekolah Kebangsaan Sri Biram, Pekan, Pahang. Bermula dari
sini, program ini telah berkembang dari tahun ke tahun dengan bertambahnya
bilangan sekolah yang melaksanakannya.
Program ini kemudiannya bertapak di
negeri Kelantan apabila Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 1 mula melaksanakannya
pada tahun 1991.
Pada tahun 2000. Bahagian Pendidikan
Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjadikan Program Doktor Muda
ini sebagai salah satu program promosi kesihatan yang diterajui di peringkat
kebangsaan. Perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan program ini ke seluruh
negara dilaksanakan secara bersama dengan Bahagian Kokurikulum & Kesenian, Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Pada Mei 2006, Kementerian Pelajaran
Malaysia telah menjadikan program Doktor Muda sebagai salah satu aktiviti
kokurikulum di sekolah rendah dan dikenali sebagai Kelab Doktor Muda.
Ulasan
Catat Ulasan