Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2018

RANCANGAN TAHUNAN DOKTOR MUDA 2018

PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN DOKTOR MUDA SJK(T) WEST COUNTRY (TIMUR) TARIKH TEMPAT AKTIVITI CATATAN 7/2/2018 Bilik Wawasan SJK(T)TD Mesyuarat perancangan aktiviti tahunan 21/2/2018 Pusat Sumber Perjumpaan ahli unit beruniform dan pendaftaran ahli baru sesi 2018 732/2018 Demonstasi Kebakaran (padang sekolah) Pendedahan terhadap bahaya kebakaran & cara mengatasi bersama dengan unit beruniform yang lain. 21/3/2018 Bilik Kesihatan Timbang berat dan ketinggian 4/4/2018 Perhimpunan sekolah Pendedahan dan taklimat berkenan aktiviti Doktor muda kepada semua murid dan guru 18/4/2018 Bilik kelas Pemilihan ahli untuk pasukan drama untuk konvokesyen Dr. Muda. 2/5/2018 Kawasan Sekolah Gotong-royong membersihkan kawasan sekolah dan menana

Carta Oraganisasi

https://www.slideshare.net/MathiPrisha/carta-organisasi-unit-beruniform-doktor-muda

Lagu Doktor Muda

Imej
Kamilah Doktor Muda Memberi Khidmat Menabur Jasa Bantu Rakan Semua Jaga Kesihatan Hidup Bermakna Mari Rakan Semua Berkongsi Ilmu Menjana Minda Otak Cergas Kesihatan Terjaga Sejahtera Hidup Selamanya Korus: Usah Buang Masa Lagi Bersamalah Kita Berpadu Usaha Kesihatan Diri Fokus Utama Hubungan Mesra Hidup Ceria Harga Diri Terpelihara Maju Bangsa Maju Negara Jangan Leka, Berubah Segera Cergas Ke Arah Jaya ( Ulang Korus ) Baris Akhir: Diri Cemerlang Hidup Sempurna

MOTO, MISI & VISI

Imej
                                                                               MOTO                                           KESIHATAN TERPELIHARA, PELAJARAN JAYA                                                                                                                                                               MISI               MENANAMKAN SIKAP PENTINGNYA MENJAGA KESIHATAN SERTA MEMBERI                                      DORONGAN / PERINTIS KEPADA KERJAYA PERUBATAN                                                                                  VISI             BADAN SIHAT, OTAK CERGAS, PELAJAR CEMERLANG, SEKOLAH TERBILANG

Pengenalan Doktor Muda

Imej
Doktor Muda merupakan murid sekolah tahun 4, 5 dan 6 yang terpilih dan terlatih sebagai ’Pembimbing Rakan Sebaya’, yang bertindak sebagai pemangkin kepada perubahan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan yang positif di kalangan murid sekolah. Doktor Muda ini diberi latihan mengenai asas kesihatan bagi menyediakan mereka menjadi pendidik kepada rakan sebaya. Mereka bertindak sebagai role model, promoter dan motivator kesihatan kepada rakan-rakan di sekolah. Oleh kerana itu, pemilihan calon yang sesuai sebagai doktor muda amat penting. Lazimnya, pelajar yang, berminat, sihat, kemas, berpersonaliti menarik, memiliki sifat kepimpinan, bertanggung jawab, berpengaruh, suka menolong dan cemerlang dalam akademik menjadi kriteria dalam pemilihan Doktor Muda.

Sejarah

Imej
Program Doktor Muda mula dilaksanakan pada tahun 1989 di Sekolah Kebangsaan Sri Biram, Pekan, Pahang. Bermula dari sini, program ini telah berkembang dari tahun ke tahun dengan bertambahnya bilangan sekolah yang melaksanakannya. Program ini kemudiannya bertapak di negeri Kelantan apabila Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 1 mula melaksanakannya pada tahun 1991. Pada tahun 2000. Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjadikan Program Doktor Muda ini sebagai salah satu program promosi kesihatan yang diterajui di peringkat kebangsaan. Perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan program ini ke seluruh negara dilaksanakan secara bersama dengan Bahagian Kokurikulum & Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada Mei 2006, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjadikan program Doktor Muda sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah rendah dan dikenali sebagai Kelab Doktor Muda.